LONDON - Jose Mourinho memulakan pencariannya untuk menggantikan Zlatan Ibrahimovic pada musim panas ini selepas ejen pemain tersebut mengakui bintang dari Sweden itu berkemungkinan tidak akan kekal di Manchester United.
Ibrahimovic meledak 28 gol pada musim pertamanya bersama Red Devils mengalami kecederaan lutut pada April lalu berkemungkinan tidak dapat beraksi sehingga awal tahun 2018.
United tidak mungkin akan menunggu lama untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic yang bakal berusia 36 tahun pada 2018.
Walaupun meminati penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, difahamkan sasaran utama pengurus Red Devils, Mourinho adalah mencari pengganti Ibrahimovic.
Penyerang Everton, Romelu Lukaku dan pemain Real Madrid, Alvaro yang sebelum pernah bermain di bawah kendalian Mourinho merupakan calon yang sesuai. - AGENSI