KUALA LUMPUR - Bakal tampil dalam filem pertamanya, Mak tidak lama lagi, pelakon Nadia Brian tidak dapat menyembunyikan rasa teruja serta gemuruh dengan penerimaan peminat.
Jelasnya, dia bertuah dapat digandingkan dengan ramai pelakon-pelakon senior antaranya Remy Ishak, Nadiya Nisa dan Wan Hanafi Su yang banyak memberi tunjuk ajar serta berkongsi ilmu.
“Semestinya saya perlu banyak memperbaiki teknik lakonan kerana filem dan drama adalah dua layar seni yang berbeza. Tetapi, saya beruntung kerana rakan-rakan pelakon semua banyak membantu.
“Teruja itu pasti tetapi dalam pada masa yang sama saya juga gemuruh kerana ini filem pertama. Saya berharap agar peminat menyokong filem ini kerana jalan cerita yang ditampilkan sungguh menarik dan berbeza,” katanya.
Sumber : Utusan Online