Netizen Bengang Wak Doyok Tayang Butang Baju Melayu RM33,000

SEBENARNYA ramai juga orang Melayu kaya di negara ini, termasuklah ikon media sosial, Wak Doyok, yang melaram dengan butang baju Melayu yang bernilai RM33 ribu.

Menunjukkan gambar sebuah katalog butang baju Melayu di laman Twitter, gambar tersebut mendapat sambutan hangat dengan 1,852 kali retweet dan disukai oleh 864 pengikut setianya.


Mungkin merasakan netizen tidak faham-faham lagi, Wak Doyok kemudiannya memuat naik sebuah lagi gambar dia sedang bergaya dengan butang baju Melayu tersebut berserta kapsyen: “Nampak tak? Ini harganya RM33k.”


Dan seperti biasa, para netizen tampil memberikan pandangan yang tidak diminta dan rata-rata daripadanya berbaur negatif kerana menganggap Wak Doyok seorang yang riak dan takbur.

Meskipun begitu, Wak Doyok tetap "steady" dan tidak menghiraukan kecaman yang dilemparkan padanya, malah selamba memanaskan hati pihak berkenaan dengan memberitahu harga sampin yang dipakainya.

“Harga dari RM10,000 hingga RM40,000 pun ada, tenun Terengganu,” balasnya pada netizen.

Nampaknya Wak Doyok mempunyai cara tersendiri untuk "mengajar" segelintir netizen yang sering berpandangan negatif berbanding positif, bukan? - Kedahnews.com