SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyerahkan kepada Pakatan Harapan berhubung mengenai perkembangan tindakan Parti Generasi Baru yang membatalkan hasratnya untuk menyertai blok pembangkang.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata, ini adalah tanggungjawab Pakatan Harapan, semua keputusan secara konsensus dan mengikut amalan serta kaedah yang dipersetujui secara bersama.
“Itu hak mereka (untuk batal sertai Pakatan Harapan). Kita (PPBM) serahkan kepada Pakatan Harapan mengenai perkara ini,” katanya seperti mana yang dilapor Sinar Harian, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan Parti Generasi Baru kelmarin, tindakan tersebut akan diambil sehingga isu-isu yang melanda kepimpinan gabungan pembangkang diselesaikan.
Menerusi kenyataan Parti Generasi Baru kelmarin, tindakan tersebut akan diambil sehingga isu-isu yang melanda kepimpinan gabungan pembangkang diselesaikan.
Selain itu, kenyataan tersebut turut mendakwa mendapat maklumat dari sumber sahih berkaitan dengan pakatan sebilangan pemimpin tertinggi PPBM dengan pemimpin UMNO, termasuk menteri besar dan menteri kabinet.
Sehubungan itu, Kamaruddin memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar memanndangkan PPBM di bawah pimpinan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menjalinkan sebarang hubungan dengan UMNO.
“PPBM hanya ada pakatan dengan Pakatan Harapan dan parti lain. Oleh itu, kita tak ada kaitan,” katanya.
Mengenai cadangan Parti Generasi Baru yang memilih Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai perdana menteri pembangkang, Kamaruddin menegaskan bahawa keputusan tersebut sewajarnya dibuat oleh anggota Pakatan Harapan sahaja.
“Yang bukan anggota Pakatan Harapan tak payah sibuk.nApa yang paling penting buat masa ini adalah untuk memenangi PRU. Selepas itu baru kita bincang(soal Perdana Menteri),” katanya.
Mengenai dakwaan krisis kepimpinan dalam Pakatan Harapan, Kamaruddin menjelaskan blok pembangkang masih berjalan seperti biasa.
Katanya, terdapat perbezaan pendapat di dalam Pakatan Harapan, tetapi itu perkara biasa dalam politik.
“Berbeza pendapat tak bermakna kita bermusuh dan saya nak maklumkan yang tak ada sebarang masalah dalam Pakatan Harapan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian