Pembuat Lemang Mula Sibuk


BUTTERWORTH- Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahad ini pembuat lemang adalah antara yang sibuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Tidak terkecuali bagi Muhamad Sobri Harun,57, atau Pak Tam yang membuat lemang di kawasan Lahar Yooi di sini.

Dengan tempoh tidak sampai seminggu beliau mula sibuk membakar lemang bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pak Tam berkata beliau dibantu beberapa pekerja bagi menentu permintaan pelanggan dapat dipenuhi terutama semasa sambutan Ailfitri nanti.

Beliau berkata lemangnya cukup dikenali oleh penduduk di kawasan sekitar dan menambah bahawa beliau juga menjual ketupat dan serunding daging. - BERNAMA