DI SEBABKAN ketika ini sedang trending drama lakonan Fattah Amin dan Fazura iaitu Hero Seorang Cinderella siaran Astro Ria, pihak mStar Online membuka peluang kepada pembaca membuat undian mengenai artis ini.
Semasa drama Suri Hati Mr Pilot gandingan Fattah dan Neelofa turut mencatat jumlah tontonan tinggi, pelbagai spekulasi kisah cinta mereka timbul hanya kerana drama itu.
Isu yang sama berlaku apabila Fattah digandingkan dengan Fazura bagi drama terbaharu ini.
Kami sebenarnya ingin melihat trend pembaca dalam menilai artis yang digandingkan dalam sesebuah drama 'trending'.
Dek kerana populariti Fattah bergandingan dengan Neelofa dan Fazura menjadi bualan, agak-agaknya siapakah penonton pilih jika diberi pilhan membuat padanan pasangan Fattah.
Jika berada di tempat Fattah, 27, sudah pasti 'pening kepala' nak pilih yang nak mana satu. Neelofa, 28, memiliki wajah yang cantik, seorang wanita yang bekerjaya dan mempunyai aura tersendiri.
Manakala Fazura, 34, bukan saja cantik malah mempunyai pesonaliti yang boleh membuatkan sesiapa yang berada sebelahnya akan terpikat.
Malah, Fattah sendiri pernah memberitahu Fazura memiliki ciri-ciri wanita idamanya.
Menurut Fattah, Fazura sentiasa membawa aura yang positif dan senang untuk bekerjasama.
Pada Khamis lalu, mStar Online memberi peluang kepada pembaca untuk membuat undian di antara wanita cantik ini, siapakah sebenarnya sesuai menjadi kekasih Fattah?
Nampaknya, sebanyak 58 peratus setuju jika Fazura dan Fattah menjadi pasangan kekasih. Amboi... hebat betul penangan Hero Seorang Cinderella sehingga sebilangan besar peminat ingin melihat Fattah dan Fazura bersama.
Biarpun Neelofa dan Fattah pernah memenangi anugerah Pasangan Gandingan Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, namun hanya 33 peratus sahaja yang memilih pengacara program Meletop itu untuk menjadi kekasih Fattah
Nampaknya, sebanyak 58 peratus setuju jika Fazura dan Fattah menjadi pasangan kekasih. Amboi... hebat betul penangan Hero Seorang Cinderella sehingga sebilangan besar peminat ingin melihat Fattah dan Fazura bersama.
Biarpun Neelofa dan Fattah pernah memenangi anugerah Pasangan Gandingan Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, namun hanya 33 peratus sahaja yang memilih pengacara program Meletop itu untuk menjadi kekasih Fattah.
Bagaimanapun sebanyak sembilan peratus lagi berkata, Fazura dan Neelofa tidak sesuai menjadi pasangan.
Apa-apa pun siapalah kita untuk menentukan jodoh antara mereka? mStar Online sekadar berkongsi pandangan sahaja.
Terpulang kepada Fattah untuk memilih jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Bak kata Fattah, doa yang baik-baik sahaja.
Sumber : Mstar Online