Pemohon Visa AS Perlu Isi Butir Akaun Laman Sosial


NEW YORK - Pentadbiran Rumah Putih kini meluluskan cadangan kepada setiap pemohon visa yang berkunjung ke Amerika Syarikat (AS) supaya menyertakan sekali butir-butir akaun laman sosial peribadi mereka.

Pihak kedutaan AS akan meminta juga maklumat berkaitan nombor telefon, nombor pasport dan alamat emel yang digunakan oleh pemohon sejak lima tahun lalu.

Malahan, alamat tempat tinggal, pekerjaan serta sejarah tempat tinggal sejak lima belas tahun lalu juga perlu diisikan oleh para pemohon dalam satu kertas soal jawab sebelum boleh diberikan visa.

Perubahan proses permohonan itu bagi membantu AS menyekat penularan aktiviti keganasan di negara terbabit.

Walau bagaimanapun, cadangan berkenaan menerima tentangan para pengkritik kerana proses permohonan akan berjalan lebih lama berbanding sebelum ini. - REUTERS