Pengawal Tak Sangka Bunyi Bising Rupanya Zulfarhan Sedang Didera

Image result for Apartment De Centrum di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

BANGI – Seorang pengawal keselamatan di Apartmen De Centrum di sini mendakwa, dia terdengar bunyi bising dari sebuah unit di tingkat 25 apartmen tersebut, tempat sekumpulan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menyewa pada malam 31 Mei lalu.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan warga asing yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak berbuat apa-apa kerana tidak menyangka bunyi bising itu merupakan kejadian dera ke atas Zulfarhan Osman Zulkarnain oleh sekumpulan pelajar lain.

"Saya cam beberapa pelajar yang menyewa di tingkat 25 apartmen tersebut kerana pernah menegur mereka supaya tidak membuat bising sebelum itu.

"Namun begitu, semasa ditegur, pelajar berkenaan memberitahu mereka merupakan pelatih polis dan tahu akan peraturan yang ditetapkan," katanya ketika ditemui di apartmen tersebut semalam.

Sumber: Kosmo