TAIPING - Golongan peniaga disaran segera untuk membuat bayaran lesen perniagaan masing-masing bagi mengelak sebarang tindakan kompaun berikutan pemeriksaan dan semakan lesen perniagaan sedang giat dijalankan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata, kepada mana-mana peniaga yang tidak memperbaharui lesen perniagaan mereka, tindakan kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan.
Menurutnya, malah dalam masa yang sama terdapat juga keadaan segelintir peniaga yang terpaksa dibatalkan lesen perniagaannya berikutan telah melanggar syarat ditetapkan.
"Pada tahu lalu sebanyak 187 premis perniagaan telah dibatalkan lesen perniagaan mereka.
"Manakala pada tahun ini bermula Januari hingga Mei lalu sebanyak 112 kes telah dihasilkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MPT, di sini hari ini.
Sumber : Sinar Online