Penonton Baling Selipar, Kasut, Botol Pada Justien Bieber


MIMPI ngeri bagi kebanyakan penyanyi ialah apabila dibaling selipar, botol dan bermacam lagi tools ketika menjayakan persembahan secara langsung.

Kalau tak sempat mengelak, memang boleh berdarah muka.

Tapi, nasib baiklah Justin Bieber sempat mengelak daripada terkena sebiji kasut yang dilemparkan peminatnya ketika menjayakan Festival Summerburst di Stockholm, Sweden, baru-baru ini.

Insiden itu berlaku gara-gara peminat tidak berpuas hati apabila Bieber enggan menyanyikan lagu hits Sepanyol, Despacito.


Menurut Bieber dia tidak boleh menyanyikan lagu tersebut secara sendirian kerana tidak hafal lirik dalam bahasa Latin lagu tersebut.

Bieber berkolaborasi dengan penyanyi asal Despacito, Luis Fonsi dan Daddy Yankee dan setakat ini lagu tersebut telah berjaya menjuarai carta Billboard Hot 100 selama lima minggu berturut-turut. –Kedahnews.com