ALOR SETAR - Hubungan erat Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah hendaklah terus dipelihara dan jika berlaku sebarang pertelingkahan atau perselisihan ia perlu dicari jalan penyelesaiannya.
Itulah yang diamalkan oleh pemimpin dari Semenanjung dengan rakan sejawat mereka di dalam kerajaan mahupun menerusi parti Barisan Nasional (BN) di Sarawak dan Sabah.
Sehubungan itu saranan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu pertelingkahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah wajar diselesaikan atas semangat setiakawan BN.
Beliau juga percaya kedua-dua tokoh terbabit boleh duduk semeja untuk berbincang secara baik.
“Dalam BN kita ada prinsip musyawarah, kita ada prinsip setiakawan, prinsip konsensus… tak perlu isu ini dipanjangkan di media,” kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita sebelum mengetuai larian obor Sukan SEA 2017 peringkat Samarahan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan petang semalam.
Mengulas perkara itu, Karim berkata beliau juga tidak mahu perselisihannya dengan Nazri dipanjangkan ekoran kenyataannya yang tidak bersetuju dengan untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan ke seluruh negara bermula 1 Julai depan, termasuk
“Bagi diri saya, itu itu tidak jadi masalah dalam bulan Ramadan tidak perlu kita melenting-lenting,” kata Karim.
Ditanya mengenai keputusan kerajaan Sarawak untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Tourism Malaysia , Karim berkata, keputusan itu lama dibuat dan bukan disebakan pertelingkahan tersebut.
Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sarawak itu berang apabila Nazri mengganggap beliau (Karim) masih lagi mentah dan tidak berpengalaman serta menempelak beliau dengan panggilan `setahun jagung’.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sebelum ini sering berulang alik ke Sarawak dalam rangka lawatan kerja beliau menyifatkan BN adalah pilihan terbaik untuk rakyat negeri itu kerana mampu membawa negeri itu dan Malaysia ke arah pembangunan berterusan.
Selama ini, Malaysia dan Sarawak membangun dengan jelas dan nyata adalah kerana jasa BN dan kejayaannya membuat perubahan kepada Sarawak dan Malaysia dan pada keseluruhannya merupakan satu perjalanan yang memerlukan masa yang agak panjang.- Kedahnews.com