PGA Briged Sabah Beku Cuti Aidilfitri


PAPAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah membekukan permohonan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri semua anggotanya.

Komandernya, Senior Asisten Komisioner Zanuddian Samsu Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan semasa selain mahu memastikan keselamatan di negeri ini terjamin.

Menurutnya, kekuatan anggota daripada lima batalion sedia ada di Sabah dengan dibantu beberapa batalion dari Briged Semenanjung cukup untuk mencerminkan kesiapsiagaan PGA dalam berdepan musuh.

“Untuk tahun ini, semua anggota PGA akan ada di pos kawalan masing-masing, bekerja pada perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat pegawai dan anggota PGA di Dewan Serbaguna di sini hari ini.

Seramai empat pegawai dan 29 anggota dinaikkan pangkat daripada Inspektor ke Asisten Superintenden (ASP) serta Konstabel, Lans Koperal dan Koperal ke Sarjan.

Sumber : Utusan Online