Polis India Tangkap Penduduk Kampung Rai Kemenangan Pasukan Kriket Pakistan

 Image result for Penduduk Kampung INDIA Rai Kemenangan Pasukan Kriket Pakistan

NEW DELHI – Polis India berkata kelmarin bahawa pihaknya menahan 15 penduduk kampung beragama Islam dan mendakwa mereka di bawah kesalahan menghasut kerana meraikan pasukan kriket Pakistan menewaskan India pada kejohanan Piala Juara-juara ICC.

Mereka boleh dipenjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Semu penduduk kampung itu ditahan di daerah Burhanpur dalam negeri Madhya Pradesh, Isnin lalu selepas polis menerima aduan bahawa mereka membakar mercun dan melaungkan slogan ekoran kemenangan dramatik pasukan Pakistan dalam perlawanan Ahad lalu.

“Kami menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan beragama Hindu yang menuduh mereka bersorak selepas India kalah dalam perlawanan tersebut,” kata Ketua Polis Burhanpur, Raja Ram Parihar kepada agensi berita AFP.

Tertuduh boleh didakwa kerana melakukan konspirasi jenayah, kata pegawai berkenaan sambil menambah, sambutan itu berteru­san selama beberapa jam di kawasan penempatan yang sensitif.

Perkampungan itu mempunyai populasi penduduk Islam yang besar dan sejarah rusuhan kaum.

Kira-kira 60 pelajar dari India ditahan atas pertuduhan hasutan selepas mereka dituduh meraikan kemenangan Pakistan menewaskan India pada tahun 2014.

Sumber: Utusan