Polis Robot Pertama Dubai


SELEPAS menggunakan Lamborghini dan Ferrari sebagai kereta peronda, polis Dubai kini mendapat anggota baru, polis robot - unit pertama yang bakal menjadi suku daripada keseluruhan anggota polis menjelang 2030.

Kelmarin, polis robot itu berada di kaki Burj Khalifa, menara tertinggi dunia, menjadi perhatian pelancong dan orang ramai yang mengambol kesempatan berswa foto dengannya.

Memakai topi polis dan bergerak menggunakan roda, robot itu dilengkapi komputer skrin sentuh pada dadanya yang boleh digunkan untuk orang ramai membuat laporan jenayah atau memeriksa saman lalu lintas.

Ketua Perkhidmatan Pintra Polis Dubai, Brigadiar Khaled al-Razzooqi, berkata pihaknya mahu meningkatkan jumlah robot kepada 25 peratus dalam pasukan polis menjelang 2030.

Polis robot itu yang ditempatkan di kawasan pelancongan, dilengkapi kamera yang menghantar imej secara lansung ke bilik operasi dan boleh mengenal pasti suspek dikehendaki.

Menurut Razzooqi, robot tidak boleh menggantikan manusia seperti menahan suspek namun ia bertujuan mencari cara baru ‘mengendalikan’ orang ramai.

Dubai mencatat kedatangan 15 juta pelancong tahun lalu. -AFP