PPBM Tabur "Dedak" Pada Rakyat?


ALOR SETAR -Sebelum ini  segala bantuan dan pemberian kerajaan kepada rakyat dianggap "dedak" oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah,  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan setiap tahun dikatakan untuk merasuah rakyat bagi menyokong kerajaan sedangkan bantuan itu diberikan kepada semua peringkat bangsa.

Kini berlaku sebaliknya apabila PPBM turut mengambil pendekatan yang sama dengan pemerintah untuk mengagihkan barang keperluan asas kepada penduduk terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang dikataka semakin dekat.

PPBM baharu sedar, pemberian bantuan itu telah memberikan kesan dan sentuhan yang mendalam kepada rakyat yang menerimanya.

Anihnya, pemberian itu tidak pula  dianggap 'dedak' pula oleh PPBM berbanding cemuhan yang dilemparkan kepada UMNO dan BN di atas segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan sepanjang masa tanpa mengira musim pilihan raya.

Amalan bersedekah memang dituntut oleh agama Islam, apatah lagi ia diamalkan pada bulan yang mulia ini. 

Jika BR1M  dan bantuan keperluan asas itu  dianggap dedak mahu pun rasuah bagaimana pula pemberian bonus atau bantuan khas  yang diberikan oleh kerajaan Pusat dan negeri kepada kakitangan awam.
.

Jika menyemak kembali ucapan Dr. Mahathir mengenai pemberian bantuan oleh kerajaan, ramai yang berasa amat sedih dengan cemuhan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu.

Hinakah orang - orang miskin yang menerima bantuan kerajaan pada kaca mata Dr. Mahathir sedangkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 22 tahun,  bantuan yang hampir serupa juga disalurkan kepada rakyat.

Beberapa penysaraya menyifatkan BR1M bukanlah rasuah kerana ia merupakan inisiatif kerajaan yang memerintah membantu meringankan beban rakyat, malah pemberian itu juga dilaksanakan oleh beberapa buah negara di dunia.

Malah ahli-ahli agama membuat hukum bantuan itu bukan haram bagi pemerimannya kerana ia disasarkan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. .

Namun kerana hendak 'menurunkan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Perdana itu tidak segan silu memburuk-burukkan pemberian kerajaan itu seperti menggambarkannya sebagai   'memberikan makanan kepada ternakan' 

Jika PPBM benar-benar ikhlas untuk terus membantu dan menyantuni  rakyat, parti itu diharap tidak akan menghentikan sumbangan itu dan memilih hanya pada waktu pilihan raya sahaja. - Kedahnews.com


.