"Profesor" Fitnah Jokowi Konon Ditangkap Polis


JAKARTA – Seorang lelaki, Muhammad Tamim Pardede yang mendakwa dirinya tokoh akademik, ditangkap kelmarin atas tuduhan menyebarkan ucapan berunsur kebencian di YouTube.

Dalam video berkenaan, Tamim yang juga menggelar dirinya sebagai ‘Profesor Tamim Pardede’ menuduh Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan kerajaannya melindungi komunis.

“Polis menangkap Tamim di Tangerang awal semalam. Dia berusia 45 tahun dan tinggal di Setiabudi, Jakarta Selatan,” kata ketua Unit Siasatan Jenayah, Brigadier Jeneral Fadil Imran.

Menurutnya, pihak polis turut merampas pelbagai bahan bukti, termasuk komputer riba dan telefon bimbit daripada suspek.

“Dia akan didakwa atas tuduhan mencabuli Undang-Undang Transaksi dan Maklumat Elektronik,” kata Fadil.

Tamim sebelum ini menjadi tumpuan kerana mendakwa dirinya profesor di Institut Sains Indonesia (LIPI). Bagaimanapun institut itu menafikan kewujudan pegawai bernama Tamim di situ.

Dalam media sosial, Tamim berkata, dia pakar biokimia dan ketua penyelidik di Amanah Semesta Alam, sebuah syarikat biokimia. – Agensi