MEMANDANGKAN Syawal bakal tiba tidak lama lagi, pelakon dan pengacara Raja Farah tidak ketinggalan mempromosikan perniagaannya kuih rayanya di sebuah karnival di Kuala Selangor.
Bagaimanapun, Raja Farah dikejutkan berita sedih apabila dirinya disahkan mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan, malam kelmarin.
Menurut Raja Farah, meskipun dia akur dengan ketentuan Ilahi namun pada masa yang sama dia akui emosinya tidak stabil kerana ini kali pertama dirinya berdepan kesedihan sedemikian.
“Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti. Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya.
“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung (Imran),” katanya seperti dipetik BH Online.
Dalam pada itu, isteri kepada ahli perniagaan, Iskandar Ismail itu memaklumkan, dia tidak mengadakan sambutan Aidilfitri secara beriya-iya memandangkan perlu berpantang.
Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Imran yang kini berusia 10 bulan. –Kedahnews.com