BUTTERWORTH - Kira-kira 1,000 orang menghadiri majlis makan malam amal yang dianjurkan warga China, Zhang Jian yang mendakwa dirinya "bakal menjadi lelaki terkaya di dunia".
Hadirin pada majlis makan malam di Chai Leng Park pada Ahad lalu dijanjikan insentif RM1,000, dengan syarat mereka tampil bergaya yang bertepatan.
Dikatakan bahawa setiap seorang perlu membayar sebanyak RM200 untuk makan malam.
Turut dikatakan hanya mereka yang berambut yang diwarnakan kuning atau emas sahaja dibenarkan masuk.
Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan untuk membuat liputan.
Zhang bagaimanapun tidak kelihatan pada majlis makan malam tersebut.
Pada April lalu, dia turut didakwa menganjurkan majlis makan malam amal yang seumpamanya di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di Sabah.
Menurut beberapa akhbar utama berbahasa Cina, syarikat pelbagai peringkat pemasaran Zhang dikatakan akan membuat kemunculan semula di Malaysia dengan menganjurkan beberapa majlis makan malam sejak kebelakangan ini.
Beberapa ahli syarikat mendakwa Zhang berada di Maldives.
Menurut laporan media, raturan ahli yang kebanyakannya dari China turut menghadiri salah satu majlis makan malam yang dianjurkan Zhang.
Ada hadirin dalam kalangan wanita tampil dengan kepala botak, manakala yang lain dilihat mempunyai tatu dengan nama Zhang sebagai tanda sokongan, malah beberapa lelaki memaki gaun pada majlis.
Sumber : Mstar Online