
PULAU PINANG - Ribuan penduduk negeri ini hari ini tidak melepaskan peluang bersama-sama masyarakat seluruh negara mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sempena program Malaysia #QuranHour.
Selain berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang di sini yang merupakan lokasi utama, program tersebut turut diadakan di beberapa lokasi lain di seluruh negeri ini.
Antaranya di Masjid At-Taqwa Bertam; Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau; Masjid Seberang Jaya; Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.
Sumber : Utusan Online