BOS Mancester City menyuarakan keyakinan bahawa dia akan menjadi 'tuhan' pada musim depan selepas menjanjikan skuad Citizens yang lebih baik.
Keyakinan itu disuarakan selepas musim hambar pertama Pep Guardiola yang sekadar menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketiga tanpa sebarang trofi.
Ini merupakan kali pertama bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu tidak memenangi sebarang trofi.
Namun pengurus berusia 46 tahun itu yakin pasukannya akan lebih baik pada musim depan.
"Saya tahu jika anda menang anda adalah 'tuhan' dan itu adalah bagus," katanya.
Setakat ini, City sudah membeli pemain tengah Portugal, Bernardo Silva dari Monaco dengan harga 43 juta pound sterling (RM234 juta) dan penjaga gol Benfica, Ederson dengan nilai 35 juta pound sterling (RM190 juta).
Sumber: mStar