Serena Bakal Timang Anak Perempuan?


PARIS - Serena Williams bakal menimang bayi perempuan apabila kakaknya, Venus memberi beberapa nama pilihan untuk diberikan kepada anak saudaranya itu.

“Dia akan menjadikan saya sebagai ibu saudara kegemarannya. Kami sukakan nama seperti V, Lyn dan Isha. Kami mahu namanya diambil sempena nama kami,” kata Venus di Terbuka Perancis.

Sebelum ini, Serena mendedahkan dirinya hamil pada April lalu bagaimanapun enggan memberitahu jantina bayinya hasil hubungan bersama tunang, Alex Ohanian yang merupakan pengasas Reddit. - AFP