PETALING JAYA - Anda adalah wanita yang masih bujang atau janda berumur antara 25 dan 32 tahun yang masih tercari-cari pasangan?
Kini tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dengan nama Taufik Khairuddin sedang mencari jodoh buat abangnya.
Benar, jodoh itu di tangan Tuhan, tetapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berusaha untuk mempunyai pasangan.
“Saya sedang mencari jodoh untuk abang saya Eddy Khairuddin berumur 32 tahun yang bekerja di Sepang berpendapatan sebanyak RM4,000.
“Mencari pasangan yang masih 'single' (bujang) atau janda berumur 25 hingga 32 tahun dan bekerja tetap. Tidak kisah paras rupa janji baik orangnya dan tidak tinggalkan solat,” katanya menurut satu ‘posting’ di Facebooknya pada Ahad lalu.
Menurut Eddy, mereka yang berminat boleh berhubung secara terus dengan abangnya sambil menyertakan pautan ke akaun Facebook bernama Eddy Dzuhairy Khairuddin.
“Tak salah membantu orang lain membina masjid kan? ‘Tag’ kawan baik anda yang masih bujang, mana tahu jadi. Alhamdulillah, besar pahalanya,” katanya.
Taufik turut menyertakan beberapa gambar abangnya yang dikatakan kacak seperti bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan.
Bagaimanapun, tidak dipastikan kesahihan mengenai ‘posting’ tersebut atau ia sekadar satu gurauan.
Setakat ini, ‘posting’ berkenaan dikongsikan kira-kira 3,000 kali dan mendapat ribuan tanda suka (like) dan komen terutama dalam kalangan wanita.
Rata-rata pengguna Facebook yang memberi maklum balas di ruangan komen membuat ‘tagging’ kepada akaun rakan-rakan masing-masing mengenai 'iklan' berkenaan selain mendoakan semoga jodoh dipertemukan kepada lelaki terbabit.
Seorang pengguna Facebook ‘TieAcha TieAchaRaja’ berkata: “Semoga dapat jodoh yang diidamkan.”
Menurut ‘Faizurah Hassim’: “Moga saudara sudi berkenalan dengan sahabat baik saya yang baik budi pekertinya.”
Seorang lagi pengguna Facebook ‘Fauziah Omar’: “InsyaAllah, Allah dah tentukan jodoh untuk kita, cuma cepat dan lambat. Janji Allah itu pasti, kita sebagai manusia kena berusaha. Kita merancang, Allah yang menentukan.”
Sumber : Mstar Online