PENYANYI popular, Stacy mempertaruhkan single baharu berjudul ‘Cakap Ke Tangan‘ karya suaminya, Akim Ahmad, untuk kembali bergerak aktif dalam dunia seni selepas Aidilfitri nanti.
Stacy, 26, atau nama Muslimnya, Ummu Shaikah Stacy Anam berkata, dia memilih lagu berentak rancak kerana mahu cabar dirinya kembali menyanyi dan menari selepas berehat panjang bagi melahirkan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia tiga bulan.
“Kini, tinggal lima kilogram saja lagi untuk dikurangkan bagi mendapatkan berat badan ideal. Bukannya apa, saya tidak mahu nanti semput ketika mengadakan persembahan.
“Oleh itu, saya kini bersenam dan mengamalkan diet sebagai persiapan untuk kembali aktif menyanyi.
“Single terkini berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ baru saja dihasilkan oleh Akim secara spontan, beberapa hari lalu.
“Biarpun mengambil risiko menyanyikan lagu rancak selepas lama berehat, namun saya rasa inilah caranya untuk mencabar diri.
“Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya takkan bersedia. Oleh itu, saya perlu membuat persediaan fizikal dan mental untuk kembali aktif seperti zaman bujang dulu,” kata Stacy lagi.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak perempuan bernama Bella Luna yang kini berusia lima tahun. –Kedahnews.com