KUALA LUMPUR - Polis menahan lima orang dan merampas 206 kilogram ganja dalam dua serbuan di Klang dan Kajang semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua suspek itu ditahan oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar ibu negara.
"Syabas Sting @PDRMsia tadi tangkap 5 orang di Klang dan Kajang dan berjaya rampas 206 kg Ganja. #GoPDRMGo," katanya dalam catatan Twitter beliau, semalam. - Bernama