KUALA LUMPUR – “Susah sangatkah untuk menghubungi saya?” Itu adalah soalan cepumas yang ditanya secara spontan oleh Ahli Parlimen DAP Kepong, Dr. Tan Seng Giaw, lapor media tempatan.
Beliau yang fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan dilaporkan menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng konon diberitahu bahawa terdapat laporan portal propembangkang yang mengatakan dirinya tidak dapat dihubungi.
“Susahkah untuk menghubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap terus dengan saya,” katanya kepada Astro AWANI apabila dihubungi menerusi telefon bimbitnya.
Pada masa sama, wartawan dari beberapa media turut berjaya telefon dan dapat bercakap sendiri dengan Seng Giaw pada Rabu sekali gus mencetuskan jenaka mengenai dolak-dalik Guan Eng apabila kantoi dalam sesuatu isu panas.
“Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” katanya sebagai membalas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu konon beliau tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini lagi.
Perkara lucu itu diberitahu Guan Eng semasa ditanya wartawan mengenai status Facebook Seng Giaw yang berkata bahawa Balik Pulau kini kekurangan kawasan hijau akibat tindakan kerajaan DAP negeri tersebut selama ini.
“Kita (Seng Giaw) sedang mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai yang berubah dan kehijauan Balik Pulau semakin kurang. Kependudukan 850,000 orang memerlukan rumah dan kerja,” tulis beliau lagi.
Guan Eng yang menyedari dirinya sudah kantoi bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, sekali gus menyebabkan beliau dijadikan bahan ketawa netizen kerana gagal menghubungi Seng Giaw sendiri.
Untuk rekod, sebelum ini bukanlah menjadi rahsia bahawa kalangan pembangkang khususnya dalaman DAP kurang senang dengan pendirian politik Seng Giaw kerana kurang kritikal terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Contohnya dalam isu 1MDB. Seng Giaw yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara di Parlimen secara terbuka berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus dipersalahkan.
Kata Seng Giaw yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, lembaga pengarah 1MDB dan mereka yang urus syarikat itu harus disiasat manakala Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat bukan terlibat secara langsung.
Perang dingin sudah lama membara… Apakah kisah lawak main sorok-sorok ini satu petanda ‘perang besar’ akan meletup antara dua tokoh DAP tersebut selepas ini? – Agensi