JAKARTA – Pihak berkuasa wilayah Jambi masih memburu 34 daripada 76 banduan penjara Jambi, Sumatera Tengah yang melarikan diri apabila tembok penjara berkenaan runtuh akibat banjir pada Selasa lepas.
Media-media dalam talian memetik Ketua Agensi Hukum dan hak Asasi Manusia Jambi, Bambang Palarasa sebagai berkata pihaknya berharap kesemua 34 banduan itu menyerah diri secepat mungkin dan mereka akan diberi layanan sewajarnya.
Sebanyak 42 banduan telahpun ditangkap semula dalam tempoh sehari selepas kejadian dan akibat runtuhan tembok penjara yang berhampiran dengan sebatang sungai itu.
Ekoran kejadian itu sebanyak 59 banduan wanita telah dipindahkan ke pejabat Imigresen Jambi manakala sebahagian banduan pula dipindahkan ke penjara lain.
Sementara itu Gabenor Jambi Zumi Zola pula dipetik sebagai berkata beliau telah meminta pihak berkuasa untuk membantu membina semula tembok sementara sebagai langkah segera mengatasi masalah runtuhan temboh penjara berkenaan.
Katanya, kerajaan tempatan wilayah itu sememangnya telah memberi cadangan kepada pihak berkuasa supaya dibina sebuah penjara baharu di sebuah kawasan yang dikenal pasti.
Banduan di penjara Jambi pernah menimbulkan kekecohan pada Mac lepas dengan membakar beberapa sel dalam penjara sebagai membantah serbuan pihak berkuasa untuk membanteras penyeludupan dadah dalam penjara berkenaan. – BERNAMA