Terkena Mercun Di Mata, Remaja 14 Tahun Mungkin Buta


Ianya amat tragis apabila mata kanan seorang pelajar Tingkatan Dua mungkin buta, selepas mercun padi yang dibakarnya meletup.

Kejadian menimpa Faizul Fitri Mamasu, 14, kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu itu mulai viral di media sosial malam tadi apabila kisahnya yang hilang penglihatan dimuat naik ke Internet.

Bapa tirinya, Khairul Ahmad Sulaiman, 34, ketika dihubungi berkata, anak sulungnya itu berada di rumah ibunya di Taman Kluang Baru, bagi menghabiskan cuti persekolahan.

“Keadaan Faizul Fitri yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru kini stabil.

“Kesan melecur terbakar di muka hampir pulih, namun kecederaan di mata kanannya parah dan mungkin hilang penglihatannya,” katanya sambil menambah mata kiri kana-kanak itu juga cedera.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan pakar.

Sumber : PRU14.tv