“TAK pernah saya menangis bila membaca surat, ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini.”
Demikian luahan seorang posmen yang dikenali sebagai Tom Yana di laman sosial, apabila kecewa dengan sikap majikannya yang mendakwa tahap prestasinya lemah, sekaligus tidak layak untuk menerima bonus tahunan.
Tom meluahkan kekecewaannya itu beserta sebuah gambar surat daripada majikannya yang menggesa supaya dia berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan prestasinya.
“Kami ada anak bini juga untuk diberi makan, diberi pakai lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini,” tulis pada Khamis lalu.
Dia turut merayu kepada pihak atasan supaya mempertimbangkan semula penolakan bonus keatasnya memandangkan hanya seminggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitiri dan disamping membeli barangan keperluan yang lain.
“Tolong bertimbang rasa dengan gaji kami yang kecil tidak seberapa ini untuk membayar rumah, kereta, bil, pakai makan dan lain-lain,” katanya.
Keluhan hati daripada lelaki itu turut mengundang simpati netizen yang membacanya, malah ada yang tampil untuk menawarkan pekerjaan kepada abang posmen berkenaan.
“Biasalah, kalau macam ni maksudnya bos tak suka,” antara komen netizen.
Sementara itu, semakan di laman Facebook mendapati luahan daripada individu itu dijawab Pos Malaysia Berhad dengan mengatakan segala proses menilai serta memberi ganjaran kepada pekerja dijalankan berdasarkan ketelusan dan integriti.
“Kami mengambil kira rekod disiplin serta prestasi kerja yang ditunjukkan seseorang pekerja serta akan mengadakan sesi perbincangan terutama hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan para pekerja kami.
“Serta kami turut merujuk kepada pengakuan beliau yang mengatakan bahawa beliau sendiri sering melawan/ingkar kepada arahan ketua semasa bertugas.
“Justeru, semua aspek berkenaan diambil kira dalam memutuskan pemberian ganjaran kepada seseorang pekerja,” katanya. –Kedahnews.com