Tiada Parti Alternatif Mampu Ganti UMNO - Ismail Sabri


BERA -Tiada parti alternatif yang bo­leh menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib dan mengangkat martabat orang Melayu dari dahulu sehingga kini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, perpindahan sokongan orang Melayu kepada pembangkang khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti didakwa segelintir pihak tidak mungkin berlaku.

Sebaliknya kata beliau, UMNO akan terus relevan dan Barisan Nasional (BN) mampu mendapat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Tsunami Melayu yang dikatakan mereka tidak mungkin berlaku kerana orang Melayu sudah pun yakin keupayaan UMNO sejak kemerdekaan sehingga kini.

“Saya yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus me­ngekalkan pemerintahan sele­pas PRU-14,” katanya dalam si­­dang akhbar selepas majlis pe­nyam­paian sumbangan sempena Ramadan di Dewan Kampung Durian Tawar di sini, semalam.

Baru-baru ini, sebuah portal propembangkang melaporkan pan­dangan seorang penganalisis politik yang melihat kemungkinan PPBM mampu mencetuskan tsunami Melayu dengan meraih sokongan pengundi luar bandar.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, UMNO dengan dasar perjuangan yang jelas terbukti mampu memartabatkan orang Melayu dengan membawa kemajuan kepada negara dan seluruh masyarakat sama ada di bandar dan luar bandar.

“Orang Melayu sudah pun yakin keupayaan UMNO sejak kemerdekaan sampai kini, UMNO yang membela dan mengangkat martabat Melayu daripada miskin tegar daripada 50 hingga 60 peratus hingga tidak sampai satu pe­ratus pun pada masa ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penubuhan PPBM yang hanya berlandaskan kepada kepentingan pe­ribadi menyebabkan hala tuju parti pembangkang itu tidak jelas dalam menjamin masa depan negara.

Ujarnya, penubuhan parti tersebut juga tiada kena mengena dengan perjuangan orang Melayu kerana ia hanya untuk menaikkan individu tertentu dan menjatuhkan 

Sumber : Utusan