Tiga Penjenayah Warga Asing Mati Kena Tembak

 

SEPANG – Tindakan nekad tiga penjenayah warga Indonesia menye­rang anggota polis dengan parang mengundang padah apabila kesemuanya mati ditembak dalam satu kejadian di kawasan perumahan Taman Jenderam Harmoni, Dengkil di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu berlaku apabila sepasukan polis yang sedang menjalankan Ops Rantau Sepang ternampak kelibat tiga lelaki berpakaian serba hitam dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan taman perumahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek kemudian bertindak agresif apabila mula menyerang dengan melibas parang ke arah anggota polis ketika cuba ditahan.

Sumber: Kosmo