BUAT insan yang bergelar wanita di luar sana, percayalah, tips diet yang paling berkesan memerlukan disiplin tinggi. Sama ketat macam masuk kem PLKN dulu.
Jika anda hidup dalam zaman yang tidak bergerak pantas dan di negara di mana tiada beraneka jenis makanan wujud, sudah tentu anda tidak akan mengalami dugaan diet yang berat sangat.
Tetapi, setiap yang berlaku harus disyukuri dan dinikmati dengan tenang.
Dibawah adalah tiga antara punca utama kegagalan diet di Malaysia sukar untuk dilaksanakan.
Pertama, kewujudan pelbagai jenis makanan di Malaysia. Jika dilihat balik, negara ini dianggap syurga pertemuan pelbagai jenis menu makanan dari tiga tamadun utama dunia.
Dari Asia Selatan hingga China serta dunia Melayu yang kaya dengan pelbagai sajian.
Walaupun amalan diet turut memberi pulangan baik terhadap ekonomi kita, bagi wanita yang ingin diet, berjimat dalam isu menikmati makanan biasanya menjadi perkara terakhir yang akan dilakuka.
Kedua, kewujudan industri makanan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Wanita yang berdiet atau masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah musuh utama limpahan makanan.
Menurut Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah, nilai industri makanan di negara ini telah mencapai lebih sepuluh peratus daripada nilai industri makanan dunia.
Sebab ketiga pula, mungkin agak pelik. Namun hakikatnya, kita dimomokkan dengan makan tiga kali sehari sebagai gaya hidup pemakanan yang ideal.
Namun, realitinya ia bukan seperti yang digambarkan. Tiga hidangan berat dalam masa sehari akan punca kebinasaan diet.
Pemakanan yang ideal sebenarnya berpunca dengan sikap ambil makanan dalam kuantiti yang cukup untuk menghilangkan rasa lapar. Seperti yang dikatakan, disiplin tinggi adalah tips terbaik untuk diet.
Jadi, mampukah anda mengabaikan godaan pelbagai menu Timur dan Barat? Menu tradisional dan moden. Dapatkan anda tolak makanan jenama francais yang serba segera. Atau pejam mata lihat minuman berkarbonat?
Atau memang kita sudah terjerumus dalam melupakan saja soal diet.
Untuk rekod, Malaysia negara paling tinggi pengidap obesiti di rantau Asia Tenggara. -Kedahnews.com