Tindakan Syed Saddiq Bakal Dedahkan Konspirasi DoJ Untuk Jatuhkan PM?


KUALA LUMPUR - Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis terhadap penganalisis politik, Raja Pet­ra Kamarudin kerana mendakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengetahui maklumat mengenai saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), ternyata memakan diri.

Ini kerana menurut Raja Pet­ra, selepas laporan dibuat, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil kenyataan daripada­nya dan seterusnya mendedahkan na­ma ketiga-tiga Exco PPBM yang diberitahu Syed Saddiq me­ngenai maklumat DOJ itu sekali gus bakal turut mengheret kesemua mereka dalam kes tersebut.

Menurutnya, tindakan Syed Saddiq yang memulakan langkah sedemikian disifatkan amat ‘bagus’ dan ‘dipaku dengan baik dan tepat’ kerana pastinya tiada siapa yang perlu membuat laporan polis terhadap beliau dan polis hanya boleh menyiasat ber­dasarkan laporan di­buatnya.

“Jika polis mendapati kamu (Syed Sa­ddiq) terlibat dalam perbincangan bersama tiga Exco itu me­ngenai saman sivil DoJ, maka ia menya­mai satu konspirasi. Kons­pirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak bersama un­tuk mela­kukan jenayah.

“Dan konspirasi itu adalah se­ma­ta-mata untuk menghancurkan negara atau Perdana Menteri dengan niat untuk menghilangkan keyakinan rakyat dan orang asing terhadap negara ini selain mensabotaj ekonomi negara.

“Tindakan ini adalah satu perbuatan khianat apabila anda dan rakan anda adalah perancang kon­spirasi yang boleh dituduh sebagai satu jenayah dengan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, iaitu satu jenayah yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya menerusi blog malaysia-today.net, semalami.

Dalam pada itu, Raja Petra berkata, permintaan Syed Saddiq yang mahu rakyat terus membincangkan dakwaan saman sivil DoJ itu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri membuktikannya satu agen­da te­rancang Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP.

Jelasnya, selepas DoJ mengeluarkan kenya­taannya pada 15 Jun lalu, ramai pemimpin Pakatan Harapan memberikan maklum balas segera supaya ia menjadi perdebatan dalam kalangan rakyat ketika pulang ke kampung nanti.

Sumber - Utusan