TRELER terhumban dari jambatan di Kilometer 209.1 lebuh raya PLUS, dekat Restoran Jejantas Ayer Keroh, Melaka, kira-kira 4.30 pagi tadi.
Bagaimanapun, pemandunya yang berusia dalam lingkungan 40-an dikatakan hanya cedera.
Saksi, R Prakash, 43, berkata, kejadian ketika dia memberhentikan sekejap lorinya di bahu lebuh raya terbabit.
"Saya berhenti untuk memeriksa tayar lori. Ketika saya periksa tayar depan sebelah kiri, saya lihat lori saya bergegar kerana bahagian belakang kanan di langgar treler itu.
“Treler itu terjunam jatuh dari jambatan dan terhumban di jalan kampung," kata Prakash yang lega dirinya terselamat dalam kejadian itu.
Tinjauan Harian Metro mendapati treler membawa kontena itu terjunam jatuh ke atas jalan Jelatang, namun tidak membabitkan kenderaan lain.
Sehingga 8.30 pagi, treler terbabit masih belum dialihkan.
Sumber: Harian Metro