ALOR SETAR - Sungguh tidak dijangka! Seorang wanita yang sudah berusia lingkungan 40-an memiliki 61 saman tertunggak.
Ketua Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman merangkap Komander Subtek Zon Utara, Superintendan Shahrum Hashim berkata, wanita tersebut bakal dikenakan tindakan mahkamah jika terus gagal untuk menjejaskan saman tertunggaknya tersebut.
Wanita yang menaiki kereta jenis Honda HR-V dikesan mempunyai saman tertunggak yang banyak ketika diperiksa dalam Op Selamat 11/2017 Hari Raya Aidilfitri di Sungai Petani, kelmarin.
Bukan itu sahaja, wanita terbabit juga dikatakan adalah seorang usahawan dan dia perlu menjelaskan kompaun yang dikenakan dalam tempoh sebulan sahaja, jika gagal dia perlu ke mahkamah untuk membuat rayuan atau berdepan waran tangkap.
“Kita telah keluarkan notis semula untuk tindakan selanjutnya ke atas wanita itu yang dipercayai menjalankan perniagaan sekitar utara,” katanya ketika mengetuai Op Selamat 11/2017 Hari Raya Aidilfitri di Jalan Butterworth-Sungai Petani berdekatan Jambatan Merdeka bermula jam 10 pagi. - Kedahnews.com