Wanita Pengsan Selepas Pecahkan Gelang Jade Bernilai RM113,915


PERATURAN "anda pecahkan, anda perlu bayar" sering dipaparkan di kedai kaca atau sebarang kedai oleh pemilik yang bimbang barangan mereka pecah akibat kecuaian pelanggan.

Nampaknya, seorang pelanggan terpaksa berdepan dengan kerugian selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed bernilai $26,500 (RM113,915) sehingga pecah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan di China.

Odditycentral melaporkan, pelancong wanita yang berkunjung ke pasar jed Ruili Jiegao pada Selasa lalu tidak bernasib baik selepas tidak sengaja menjatuhkan gelang jed sehingga pecah.


Wanita berkenaan pengsan selepas dimaklumkan perlu membayar ganti rugi bagi barangan tersebut yang berharga $44,100 (RM189,515).

Bagaimanapun, selepas meneliti peraturan dan rundingan, gelang yang pecah itu hanya bernilai $26,500 (RM113,915).

Kejadian tersebut menjadi tular di laman sosial dan menyalahkan wanita tersebut kerana tidak berhati-hati ketika melihat barang perhiasan tersebut. – Kedahnews.com