Yana Samsudin Teringin Tambah Anak Lagi


RASANYA macam baru tahun lalu pelakon dan pengarah Yana Samsudin menimang cahaya mata pertamanya, kan?

Meskipun usia anak lelakinya, Aisy Mateen baru mencecah 10 bulan, namun pelakon filem Bini-Biniku Gangster ini mengakui rindu untuk hamil semula.

Namun, Yana terpaksa melupakan hasrat itu buat seketika waktu kerana perlu akur dengan nasihat doktor yang mahu dia berehat seketika daripada mengandung bagi membenarkan tubuhnya sembuh sepenuhnya kesan daripada pembedahan caesarean yang dilakukan semasa melahirkan Mateen.

“Meskipun anak saya baru berusia 10 bulan, tapi keinginan untuk menimang bayi kedua membuak-buak. Tapi baru-baru ini ketika berjumpa dengan doktor, dia menasihatkan saya supaya seeloknya hamil selepas anak saya berusia dua tahun kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan.

“Lagipun, Mateen masih menyusu badan sepenuhnya dan kelihatan seperti sukar untuk putuskannya jika saya hamil dalam masa terdekat nanti. Jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk Mateen dahulu sebelum lahirkan anak kedua nanti,” jelasnya.

Tambah Yana lagi, dia sebenarnya mahu menambah jumlah anak kerana mahu anak-anaknya membesar bersama-sama.

Itu mungkin ‘hint’ besar Yana kepada suaminya, pelakon Fadzil Zahari agar bersiap sedia untuk menambah bilangan ahli keluarga dalam tempoh beberapa tahun ini. –Kedahnews.com