WOW! Zizan Razak tampil dengan imej baharu apabila memuat naik gambarnya yang kini berkepala botak ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.
Ramai betul peminat teruja dengan penampilan terkini pelakon dan pelawak itu yang rata-rata memujinya dan menganggap Zizan lebih kacak dan seksi berkepala botak.
Paling menarik, ramai menyamakan wajah Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 33, mirip pelakon terkenal Hollywood iaitu Vin Diesel.
Seronok melihat penerimaan baik terhadap imej baharunya itu, Zizan pun 'belanja' beberapa keping gambarnya berkepala botak ketika di Makkah.
Lucunya, tak kurang pula ada yang menyarankan agar Zizan mengekalkan imej itu dan membina otot badannya agar kelihatan lebih kacak dan berkarisma. Amboi!
"Macam Vin Diesel bro Zizan!," tulis seorang pengikutnya iaitu @papamalekadomperhh.
@atokmelaka2345 pula menulis "Abang kita dah botak, handsome!"
"Botak silau mata ku tengok kepalanya hahaha," tulis pula @zul_helmy89.
@baemothman "Buat badan bro, sikit lagi nak saing The Rock dengan Vin Diesel ni," katanya.
Tidak ketinggalan catatan @ecahtaken "Botak baru seksi!," tulisnya.
Keseronokan beraya di Tanah Suci Makkah pada tahun lalu membuka hati Zizan untuk mengulangi pengalaman serupa pada kali ini terutamanya merasai 10 malam terakhir Ramadan di sana.
Pelakon filem Polis Evo itu berangkat ke Makkah sejak 14 Jun sehingga 26 Jun lalu dan dia menyifatkan ia sebagai lokasi paling sempurna untuk bercuti.
Sumber : Mstar Online