1.2 Juta Penagih Dadah Di Jakarta


PETALING JAYA - Jakarta memiliki bilangan penagih dadah tertinggi berbanding bandar raya lain di Indonesia, lapor The Jakarta Post.

Ketua Unit Narkotik Polis Jakarta, Nico Afinta memetik data Agensi Narkotik Kebangsaan yang menganggarkan kira-kira 5 juta penagih dadah di Indonesia.

“Kira-kira 1.2 juta penagih berada di Jakarta,” kata Nico.

Laporan itu menyebut mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun paling cenderung terlibat dengan dadah.

Peningkatan jumlah penagih itu diburukkan lagi dengan pendedahan oleh penyelaras Suruhanjaya Mangsa Keganasan dan Kehilangan Manusia (Kontras), Haris Azhar yang memberi maklumat ada pegawai polis turut terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah.

Sabtu lepas, Presiden Jokowi Widodo mengarahkan pegawai penguatkuasa undang-undang mengambil sikap tegas terhadap pengedar dadah yang beroperasi di Indonesia, termasuk menembak mati jika mereka cuba mencabar polis.

“Tembak mereka kerana kita sekarang memang berada dalam keadaan darurat narkotik,” kata Widodo dalam ucapannya.

Sumber: FMT