18 Maut Dalam Kebakaran Bas Di Jerman


BERLIN - Seramai 18 orang terkorban dalam satu kebakaran membabitkan sebuah bas selepas bertembung dengan lori di negeri Bavaria kelmarin, lapor akhbar tempatan, Frankenpost.

Frankenpost bagaimanpun tidak menyertakan sumber berita berkenaan dan polis juga tidak dapat dihubungi untuk memberikan sebarang maklum balas.

Dalam pada itu, polis menerusi kenyataan di dalam laman Twitter berkata, 31 yang lain dilaporkan turut cedera. - REUTERS