27 PATI Ditahan Di Perlis

 Image result for 27 PATI Ditahan Di Perlis

SUSULAN tamatnya tempoh permohonan kad sementara (E-Kad) tengah malam semalam, Jabatan Imigresen Perlis menggempur beberapa kawasan di negeri itu bagi mengesan pendatang tanpa izin (PATI), semalam.

Menerusi Ops Ikrar itu, 27 pendatang tanpa izin (PATI) dari Bangladesh, Myanmar dan Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

Pengarah Imigresen negeri, Mohd Amir Othman berkata, operasi bermula jam 1.20 pagi hingga 1.10 tengah hari menyasarkan PATI yang tinggal dan bekerja secara tidak sah di negeri itu.

Katanya, 23 anggotanya menumpukan pemeriksaan di sekitar premis kedai dan restoran, kawasan ladang serta tapak pembinaan.

"Hasil pemeriksaan kita menahan 27 PATI berusia antara 17 hingga 42 tahun kerana tidak memiliki pas pekerja dan melanggar syarat.

"Mereka yang terdiri daripada 14 lelaki warga Bangladesh, enam lelaki Myanmar dan tujuh warga Thailand termasuk seorang wanita dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kangar untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan semalam.

Semua PATI disiasat mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sumber: Metro