62 Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Didaftarkan Sejak Sebulan Penubuhan- Azalina


KUALA LUMPUR - Setelah sebulan penubuhan, Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak telah menyelesaikan 11 kes, daripada 62 kes yang didaftarkan sehingga minggu lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berkata baki 51 kes masih berada di peringkat sebutan dan juga di peringkat perbicaraan.

"25 kes berada dalam sebutan manakala 26 lagi masih dalam perbicaraan," kata beliau.

Tambahnya, mahkamah ini turut menyediakan prasarana yang sesuai dengan keperluan kes yang diadakan prosiding disana.

"Mahkamah ini dilengkapi dengan transkripsi rakaman mahkamah, sistem audio visual serta bilik saksi kanak-kanak," kata beliau ketika menjawab pertanyaan lisan dari Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Soalan yang dikemukakan Noraini adalah tarikh permulaan rasmi operasi mahkamah terbabit serta jumlah kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang mula dibicarakan sehingga kini.

Sumber: Astro Awani