6,456 Murid Tadika Little Caliphs Seluruh Negara Sertai Little Haj, Catat Malaysia Book Of Records


SHAH ALAM - Seramai 6,456 murid Tadika Little Caliphs menyertai program Little Haj yang dijalankan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini.

Program anjuran Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCISB) bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB) itu melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif LCISB, Roslin Nordin berkata, objektif perlaksanaan untuk memberi pembelajaran yang praktikal secara terus keadaan sebenar iaitu sebelum dan semasa mengerjakan haji.

"Semua peserta memakai ihram dan melakukan tawaf pada replika Kaabah, membuat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, saei antara bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallul.

"Jika sebelum ini, kebanyakkan kanak-kanak menghantar ahli keluarga ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya namun hakikatnya tidak ramai mengetahui tujuan dan cara sebenar mengerjakan haji," katanya pada program yang berlangsung Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di sini sebentar tadi.

Program itu mencatat Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan serentak terbesar oleh kanak-kanak untuk simulasi ibadah haji.   

Sumber: Kosmo Online