Ahli Tolak Firma Audit Pilihan Pemimpin DAP Tidak Sah Untuk Pantau CEC Baru


BUTTERWORTH - Akar umbi DAP tidak bersetuju dengan pelantikan firma audit PKF sebagai badan bebas untuk menjadi pemerhati dalam proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, ini kerana firma audit berkenaan telah dipilih oleh pimpinan DAP yang tidak sah.

Katanya, majoriti ahli DAP tidak mahu wujud elemen yang boleh menimbulkan rasa curiga lagi terhadap pemilihan semula jawatankuasa kerja tertinggi parti itu..

“Badan bebas sepatutnya tidak ada kaitan dengan pemimpin parti ketika ini.Oleh itu 
majoriti ahli menolak sekeras -kerasnya cadangan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok untuk melantik PKF sebagai pemerhati,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

DAP akhirnya akur dengan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat. parti itu selepas setiausaha agung parti yang belum disahkan itu Lim Guan Eng memberi pelbagai alasan.

Minggu lepas Teresa Kok berkata, pihaknya bersedia untuk melaksanakan pemilihan CEC di bawah protes menerusi kongres khas dengan berdasarkan senarai perwakilan tahun 2012.

Bagaimanapun menurut Teresa, terpulang kepada ROS bagi menentukan tempoh sesuai terhadap DAP untuk melaksanakan CEC itu.- Kedahnews.com