Amaran Almy Nadia, Jangan Cuba Rampas Suaminya


KUALA LUMPUR - Mungkin disebabkan kemelut rumah tangga selebriti yang menjadi tular baru-baru ini membuatkan pelakon, Almy Nadia memberi kenyataan berbaur amaran di laman Instagramnya.

Menerusi status yang dimuat naik berserta dengan wajah suaminya yang juga seorang pelakon, Fizz Fairuz, Almy mengingatkan mana-mana wanita jangan berani merampas suaminya itu.

“Laki (suami) kami ni dia dah ada anak dara 3 orang tau. Jangan sesiapa cuba nak rembat laki kami. Jangan cuba-cuba tau.

“Laki kami ni pemurah sikit, senang tabur duit kat orang, senang lembut hati, laki kami ni baik walaupun nampak garang. Cuma nak beritahu, ini laki kami,” katanya menerusi kenyataan di Instagramnya.

Sebelum ini pada Ogos 2015, rumah tangga Almy dan Fizz pernah diuji dengan kehadiran orang ketiga yang ketika itu merupakan seorang pelakon baharu.

Dalam pada itu, Almy turut mengingatkan mereka yang tidak suka dengan kenyataannya itu supaya tidak menjadi pengikutnya di Instagram.

“Sapa cuba laki kami, muka dia akan kena sagat dekat jalan taq (tar) tau. Takut zaman sekarang, bahaya, kami cuma jadi diri kami ja,” katanya memberi peringatan. 

Sumber: Utusan Online