Babak Bercium Adik Dengan Abang Hanya Lakonan?

 

Kuala Terengganu: “Video itu hanya lakonan dengan watak abang dan adik untuk mempromosikan sebuah kedai, babak bercium hanya sekilas pandang bukan kes cabul seperti didakwa,” kata Nur Hidayah Mohammad, 28, ibu kepada selebriti cilik media sosial, Muhammad Ifran Yusmanizam, 7, atau lebih dikenali sebagai Mat Ipang.

Menurutnya, pihak yang memuat naik dakwaan berkenaan sudah meminta maaf kepada keluarganya dan turut memadamkannya di Facebook (FB).

Katanya, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenainya kerana bimbang ditularkan serta disalah anggap selepas pihak yang membuat dakwaan terbabit sudah meminta maaf.

Pada Ahad lalu, tular di FB babak cium mulut dalam video iklan di Dungun menerusi akaun FB, SuaraDungun.Com (SD) berkait dengan Mat Ipang.

Status FB berkenaan mendakwa mereka menerima satu pendapat berkenaan penyebaran video iklan membabitkan selebriti kanak-kanak terbabit.

Sumber: Metro