Bahasa Melayu Indah, Mudah Untuk Dipelajari - Peserta PABM


Keunikan, keindahan serta mudah dipelajari, itulah yang menjadi tarikan kepada orang luar khususnya para peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) untuk mempelajari Bahasa Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, majoriti peserta pertandingan tahunan yang menawarkan hadiah utama piala Perdana Menteri memberitahu Utusan Online, mereka tidak menghadapi cabaran besar untuk untuk mempelajari bahasa ini.

Menurut peserta dari Jerman, Benedikt Aspaches, 25, berbeza dengan bahasa ibundanya bahasa Melayu mempunyai lenggok yang lebih lembut sehingga membuatkan penuturnya kelihatan lebih mesra dan mudah untuk didekati.

“Bahasa Jerman agak keras dan tegas menjadikan penuturnya kelihatan agak garang serta boleh menimbulkan salah faham bagi mereka yang tidak biasa dengannya.

“Keadaaan ini tidak timbul dengan Bahasa Melayu yang lebih lembut sifatnya menjadikan komunikasi antara penuturnya lebih berkesan,” kata mahasiswa Jurusan Ilmu Politik dan Ilmi Asia Tenggara Universiti Goethe di Frankfut ini.


Bagi mahasiswa Jurusan Bahasa Melayu dan Indonesia, Universiti Bahasa Asing Hankuk, Seok Dahye, 25, pula, sepatutnya halangan untuk menguasai bahasa Melayu bagi dirinya ialah penguasaan perbendaharaan katanya.

Gadis yang mempelajari bahasa Melayu sejak berusia 12 tahun ini berkata, dirinya agak beruntung kerana mempunyai ramai kenalan dari Malaysia dan Indonesia yang membantu dia menguasainya.

“Pun begitu bahasa Melayu dari segi nahu serta tata bahasa lebih mudah untuk difahami berbanding bahasa Inggeris dan Korea.

“Ini adalah kelebihan bahagi bahasa ini dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain” jelas gadis yang menggemari lagu-lagu berbahasa Melayu ini.

Benedikt dan Dahye merupakan sebahagian dariapada 20 peserta yang bersaing dalam Kategori Antarabangsa PABM edisi ke-11 ni.

Selain mereka, 22 orang peserta antarabangsa akan bersaing dalam ketegori pelajar antarabangsa di Malaysia (PAM) manakala bagi Kategori Alam Melayu pula akan menyaksikan persaingan antara 10 peserta daripada universiti-universiti dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

PABM pada kali ini akan menawarkan hadiah hadiah berupa piala pusingan peserta hadiah tunai berjumlah RM20,000, RM12,000 dan RM8,000 masing-masing untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori.

Peringkat akhir bagi pertandingan ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 26 Julai ini.

Sumber: pru14.tv