KUALA LUMPUR – Selepas dua hari membuat laporan polis mendakwa dirinya cedera dipukul, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah semalam tampil membela suaminya sambil meminta masyarakat berhenti daripada menghentam penyanyi itu.
Dakwa Bella, semua yang berlaku hanyalah salah faham kerana dia mendapat kecederaan selepas bergelut untuk mendapatkan semula telefonnya yang dirampas Aliff dalam kejadian di sebuah bilik karaoke di sini Khamis lalu.
“Andai benar dia begitu, dari dahulu lagi saya sudah lebam-lebam. Semua ini hanya salah faham,” katanya.
Justeru, Bella memohon masyarakat supaya tidak terus menghentam suaminya dan berhenti menyebarkan berita yang tidak benar.
“Saya mengaku suami (Aliff) ada melakukan kesilapan. Semua rumah tangga mengalami benda yang sama. Jadi, saya harap agar semua pihak jangan salah faham,” ujarnya.
Sumber: Kosmo