KUALA LUMPUR- Penyanyi, Khai Bahar menolak untuk terjun ke dalam dunia lakonan sementelah di masih baru dalam bidang nyanyian.
Jelas penyanyi Bayang ini, dia bakal tampil dengan single baharu, Luluh yang merupakan pertaruhan ketiganya selepas tampil dengan tiga single termasuk lagu raya sebelum ini.
Katanya lagi, dia juga sangat berdebar menantikan respon peminat kerana ini merupakan lagi ciptaannya sendiri.
"Lagu baru saya, Luluh akan keluar 14 Julai ini yang juga ciptaan saya sendiri. Lagu ni 2 tahun lepas saya pernah muat naik di Youtube, sambutan sangat baik. Sebab itu saya buat keputusan untuk keluarkan lagu ini sebagai single baharu.
"Dalam video muzik, saya berlakon mengikut arahan pihak pengurusan dan tunjuk ajar kru produksi. Kalau nak berlakon secara serius, mungkin tidak," katanya.
Sumber: Utusan Online