MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak ‘Korean/Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia masih menjadi kegilaan khususnya dalam kalangan remaja.
Justeru, tidak hairanlah tindakan seorang pengguna Twitter @nunonish atau Anishahhh memuat naik video ibunya menyanyi sebuah lagu rap Korea bertajuk ‘Three Word’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Sechkies menjadi tular dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.
“Matilanak! Ibu pun tahu rap lagu korea dia,” tulisnya di Twitter.
Video tersebut menjadi viral di media sosial kerana kelancaran wanita tersebut menyanyi lagu itu dengan gaya bersahaja semasa memandu kereta.
Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum mereka terhadap wanita tersebut.
“Weh pertama kali tengok mak orang rap korea weh, kalau mak aku tu dia keji sebab aku rap korea,”komen pengguna Twitter, Ikhwan Lee.
Tulisannya itu disokong pengguna Twitter, Yoyon.
“Salute ibu awak! Ibu saya pun nyanyi jugak lagu kpop tapi lirik mestilah tak betul,” katanya pula.
Pengguna Twitter D turut mengatakan perkara yang sama.
“Saya nyanyi lagu Korea siap kena sumpah dengan member. Mak kamu ‘legend’gila wei!,” komennya pula.
“Wow! Bukan senang nak rap dalam bahasa Korea lebih-lebih lagi lagu yang tidak popular macam ‘Three Word’ini,” katanya.
Malah ada juga netizen yang teruja berjumpa dengan ‘fandom’ (peminat) kumpulan tersebut seperti Nur Syaqirah.
“Oh My God! Dah lah rap lagu daripada kumpulan kesukaan saya pulak tu. Dah jumpa ‘YellowKies’ (Kelab Peminat) Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang melahirkan rasa kurang senang terhadap video tersebut seperti Siti Salihah.
“Mohon 20 atau 30 tahun akan datang aku tak macam ini, hahaha, mohon masa itu aku rileks je memandu sambil dengar ceramah dan zikir,” katanya.
Malaysia kini juga sering menjadi tumpuan artis dari Korea Selatan yang datang ke negara ini, sama ada membuat konsert atau dengan tujuan promosi.
Sumber: Sinar Harian