Bukti CCTV Tidak Gugat Cinta Kekasih Terhadap Afifah


KETIKA pelakon baharu Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi meruntuhkan rumah tangga orang, kekasihnya dikenali Wan Ariff masih setia kepada aktres itu.

Malah rakaman kamera litar tertutup (CVTV) yang tersebar memperlihatkan individu menyerupai Aliff Aziz dan Afifah berpimpin tangan juga tidak menggugat kepercayaan Wan Ariff terhadap teman wanitanya.

"Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah).

"Ia pasti ada alasan kan? Sabar," ujarnya.

Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan diasak pertanyaan tentang percintaan mereka selepas kontroversi berkenaan.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati di akaun milik Wan Ariff selepas Afifah dan kakaknya Anzalna menutup ruangan komen di Instagram masing-masing.

Dalam pada itu, menerusi 'Instagram Story' Wan Ariff turut memuat naik videonya yang kini bersama Afifah.

Sebelum ini, Afifah pernah mengakui menjalinkan hubungan dengan pemuda tersebut selama lebih dua tahun.

Dunia hiburan dikejutkan berita penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang wanita di pusat hiburan berkenaan yang mana wanita itu ialah Afifah.

Sumber: Mstar Online